Monday, August 24, 2009

RAMADAN DATANG LAGI...SAMBUT DAN JANGAN LARI





SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA.

Pihak pengurusan dan krew Latihan BUDI Training & Management mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadan yang mulia kepada semua para pengunjung sekalian khasnya, semau alumni yang pernah mengikuti siri latihan dan program anjuran BUDI tm.

Mari kita raikan Pesta Ibadah tahun ini dengan berlumba dalam melakukan amal kebajikan. Sila kunjungi blog darulwardahselangor.blogspot.com untuk mengetahui cerita lanjut. Ahlan wa sahlan.

Harapan kami semoga Ramadan kali ini menemui anda semua dalam situasi penuh rahmah dan mahabbah. Rebutlah peluang ibadah dibulan ini kerana Allah SWT ada 'suprise' untuk mereka yang benar-benar menekuni ibadah ini dengan hati yang ikhlas.

Thursday, July 16, 2009

KURSUS USAHAWAN MUDA SELANGOR

AGENDA MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR ( MES )


"Matlamat Kerajaan Negeri Selangor ialah untuk melahirkan 1000 orang usahawan baru menjelang akhir 2009 ini" .


1. PARLIMEN KAPAR


Tarikh : 25 Julai 09
Tempat : Auditorium Majlis Perbandaran Klang
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Masa Pendaftaran : 8.00 - 9.00 pagi
Penyertaan : 100 orang
Yuran : PERCUMA

2.PARLIMEN KLANG


Tarikh : 26 Julai 09
Tempat : Auditorium Majlis Perbandaran Klang
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Masa Pendaftaran : 8.00 - 9.00 pagi
Penyertaan : 100 orang
Yuran : PERCUMA

Anjuran

Kerajaan Negeri Selangor
dengan Kerjasama
BUDI Training & Management


Maklumat lanjut untuk penyertaan , sila hubungi ;
1. En. Irwan : 019 345 6192
2.En. Zawawi : 019 333 9871

Sunday, March 22, 2009

Peringkat Kehidupan Insan

secara umumnya manusia yang hidup didunia ini akan melalui 10 Peringkat proses kehidupan. Apabila tiba kepada tahap umur tertentu kita hendaklah membuat semakan prestasi tentang keadaan hidup kita.

Bagaimana dengan Hablum minawlah dan hablum minannas? Bagaimana prestasi pencapaian matlamat-matlamat hidup kita yang telah tercapai? dan banyak lagi soalan-soalan yang kita kena tanyakan sendiri kepada diri kita dan kita sendiri yang kena menjawabnya.


Tahap 1 : Alam pra kehidupan ( dalam rahim ibu )
(9 bulan )

Tahap 2 : Alam pra pendidikan rendah
(1-6 tahun )

Tahap 3 : Alam pendidikan rendah
( 7 – 12 tahun )

Tahap 4 : Alam pendidikan menengah dan tinggi
( 13 – 20 tahun )

Tahap 5 : Kerjaya bermula
( 21 – 24 tahun )

Tahap 6 : Kemunculan kecekapan dan kemahiran
( 25 – 39 tahun )

Tahap 7 : Menilai pencapaian dan persediaan untuk berubah
( 40 – 49 tahun )

Tahap 8 : Kemuncak kerjaya
( 50 – 59 tahun )

Tahap 9 : Rehat dari beban kerja / rehat
( 60 tahun ke atas )

Tahap 10 : Berpindah ke alam barzah

selepas Tahap ini masih ada lagi perjalanan panjang yang akan ditempuh sehinggalah ke alam akhirat yang kekal abadi sama ada di syurga atau neraka.

Wednesday, March 4, 2009

Pelanggan BUDI

PELANGGAN

Lembaga Zakat Selangor ( LZS )
Hospital Pusrawi Sdn Bhd.
Kolej Komuniti Bukit beruang , Melaka
AADK, Malaysia
Kolej Kejururawatan PUSRAWI, Kuala Lumpur
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ( UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UteM )
Ministy Of Rural and Regional Development
Ministry Of Housing and Local Government
Takaful Malaysia
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Majlis Belia Selangor (MBS)
Khamdan & Co, Klang
Angkatan Belia Islam Malaysia, Selangor (ABIM)
Tahfiz Al-Ummah, Bangi
Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS)
Primary and secondary school (Selangor area)
Asrama Anak Yatim Lam Peuh Beut, Banda Aceh
Mosque(Selangor area)
Asrama PEYAKIN, Klang

BUDI Bina Ummah Didik Insan

1. PENGENALAN

BUDI adalah akronim kepada ungkapan Bina Ummah Didik Insan . BUDI ditubuhkan atas rasa keprihatinan dan rasa terpanggil untuk menyumbang kepada usaha-usaha dan agenda membangun dan mendidik komuniti yang semakin individualistik dan materialistik kembali berada di landasan yang betul . Modul-modul yang direka bentuk oleh pasukan BUDI adalah berteraskan kepada konsep integrasi dan sepadu antara ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi . BUDI mempunyai tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi untuk mengendalikan kursus-kursus pembangunan insan dan pendidikan komuniti.

2. VISI


Melahirkan insan secara holistic iaitu mencakupi aspek spiritual , intelektual , emosi dan psikososial dengan menggunakan konsep sepadu ilmu-ilmu Islam dan pendekatan psikologi moden.


3. MISI KORPORAT

Membangunkan komuniti yang seimbang dari aspek sosial , komunikasi , emosi dan intelektual dengan modul yang lebih enovatif dan kreatif untuk membina kecemerlangan.


4. MOTTO

Bina Ummah Didik Insan



5. PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH BUDI ;

Kami memfokuskan program kami kepada segmen ;

PEMBANGUNAN KORPORAT
TEAM BUILDING
LEADERSHIP
PENGURUSAN MASA
KOMUNIKASI AWAM
MOTIVASI KERJA
JATIDIRI DAN PERUBAHAN SIKAP
PROTOKOL & ETIKET

KEUSAHAWANAN
ASAS USAHAWAN
USAHAWAN MANDIRI

PEMBANGUNAN KELUARG
A
USRAH MARHAMAH
ASAS KEMAHIRAN KAUNSELING
PENGURUSAN STRES

SMART IBADAH

PENGURUSAN JENAZAH
SOLAT KHUSU’

PEMBANGUNAN BELIA
BAHAGIA MENJADI GADIS
AKU TERUNA TERHEBAT
STUDI PiNTAR

Monday, March 2, 2009

HUBUNGI KAMI ;

BUDI Training & Management


LOT 3692 BATU 7 ½ JALAN KEBUN,

SEKSYEN 30, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR.

TEL 03 5162 7832

FAX 03 5162 8524

Hp 019 333 9871/019 277 4175

Sunday, March 1, 2009

PERTAMA KALI KENDALI MESYUARAT AGUNG PIBG


Semalam ( 28 Feb 09 )Wak mengahadiri mesyuarat PIBG Sekolah anak Wak. Ramai juga yang datang , sekitar 300 orang. Tapi nak dikira dari jumlah keseluruhan pelajar seramai 1900 orang jumlahnya taklah besar sangat. Oleh kerana polisi Kementerian tidak membenarkan orang politik dari Kerajaan Selangor untuk menghadiri program disekolah maka YDP PIBG sahaja yang merasmikan mesyuarat agung tu.


Sebagai YDP Wak cadang nak panggil ADUN ( Ahli Dewan Undangan Negeri ) Kawasan untuk datang menjenguk keadaan sekolah. Paling kurang seringgit dua dihulur untuk membantu pembangunan sekolah. Nampaknya pentadbir disekolah tidak mahu menanggung risiko. Orang kata mencari nahas namanya.


Wak minta juga pegawai dari PPD ( Pejabat Pendidikan Daerah ) atau JPS ( Jabatan Pelajaran Selangor ) untuk turun padang. Bagus juga kalau ada orang atas turun ke bawah. Malangnya tidak ada pegawai yang berkelapangan. Wak fikir kalau ada pegawai yang datang mungkin boleh memahami keadaan masalah di sekolah.


Wak sungguh kecewa dengan keadaan yang berlaku. Orang yang nak buat baik dihalang tapi orang yang diajak buat baik macam-macam alasannya. Apa nak jadi wak pun tak tau. Wak rasa negara ni adalam keadaan yang dah tak menentu. Politik tak stabil.ekonomi pun sakit. Pendidikan pun tersepit.Yang jelas kehidupan semakin perit.


Wak tengok muka kawan-kawan wak yang datang. Semuanya bukanlah orang-orang yang hidup mewah. Semuanya sekadar cukup untuk sara diri dan keluarga. Di mata hitam mereka jelas tergambar keperitan hidup dan penanggungan beban hidup yang berat.


Bila wak cadangkan untuk kutipan sumbangan atau apa-apa bantuan untuk projek pembangunan akademik dan prasaran sekolah, mereka menjawab perlahan seperti tidak berupaya atau berat hati. Wak tau mereka serba salah. Kalau kata tak setuju nanti dikata tidak pentingkan pendidikan anak-anak. Sedangkan banyak keperluan lain juga yang perlu dibereskan.


Wak hanya mampu berdoa. Wak bermunajat semoga orang-orang yang diberi kuasa mentadbir negara ini dijauhi dari sifat yang buruk dan keji dan sentiasa dibawah petunjuk Ilahi. Wak dah bosan dengan kemelut yang berlaku. Wak rasa betul amaran nabi kita ” Kalau sesuatu urusan dilakukan oleh mereka yang TIDAK layak, tungguhlah saja kedatangan Qiamat”.

Thursday, February 26, 2009

TIGA KEMAHIRAN PEMIMPIN

Kemahiran Teknikal

  1. Kemampuan menangani konflik ataupun pertelagahan (pertelingkahan);
  2. Kemampuan mendengar;
  3. Kemampuan menyarankan penyelesaian sementara;
  4. Kemampuan menilai keperluan/kehendak;
  5. Kemampuan menjalin rangkaian;
  6. Kemampuan mengenal pasti sumber;
  7. Kemampuan membantu sesebuah kumpulan untuk berpersatuan;
  8. Kemampuan mengesan dan menilai prestasi kumpulan;
  9. Kemampuan menjadi orang tengah;
  10. Kemampuan mewakilkan tanggungjawab dan kuasa;
  11. Kemampuan mengumpul dan membentangkan data;
  12. Kemampuan untuk mengurangkan “pita merah”;
  13. Keamapuan mengambil risiko dengan manusia dan seumpamanya.

TIGA KEMAHIRAN PEMIMPIN

Kemahiran Konseptual

  1. Kemampuan menapis maklumat;
  2. Kemampuan mengenal pasti struktur informal dalam sesebuah masyarakat;
  3. Kemampuan memproses (melihat) unsur-unsur struktur sesuatu sistem itu dan bagaimana ianya saling berkaitan;
  4. Kemampuan meramalkan arah aliran;
  5. Kemampuan menentukan keutamaan;
  6. Kemampuan mengkritik bahan-bahan bacaan dan cerapan;
  7. Kemampuan mengesan dan menilai prestasi kumpulan;
  8. Kemampuan menjadi orang tengah di antara seseorang individu dengan masyarakat;
  9. Kemampuan memisahkan yang kritikal dengan yang dangkal;
  10. Kemampuan menilai bakat dan kemahiran;
  11. Kemampuan mengagihkan sumber;
  12. Kemampuan berfantasi;
  13. Kemampuan menganalisis struktur kuasa, dan seumpamanya.

TIGA KEMAHIRAN PEMIMPIN

Kemahiran Kemanusiaan

  1. Kemampuan mengekalkan kesihatan masyarakat;
  2. Kemampuan membina keyakinan;
  3. Kemampuan mewujudkan kredibiliti;
  4. Kemampuan mengembangkan sistem sokongan;
  5. Kemampuan menyampaikan empati;
  6. Kemampuan menggalakkan (mendorong);
  7. Kemampuan merasakan keperluan oang lain (prihatin);
  8. Kemampuan mempengaruhi orang lain;
  9. Kemampuan membentuk kawasan pengaruh;
  10. Kemahiran memberi galakan positif.