Thursday, February 26, 2009

TIGA KEMAHIRAN PEMIMPIN

Kemahiran Teknikal

  1. Kemampuan menangani konflik ataupun pertelagahan (pertelingkahan);
  2. Kemampuan mendengar;
  3. Kemampuan menyarankan penyelesaian sementara;
  4. Kemampuan menilai keperluan/kehendak;
  5. Kemampuan menjalin rangkaian;
  6. Kemampuan mengenal pasti sumber;
  7. Kemampuan membantu sesebuah kumpulan untuk berpersatuan;
  8. Kemampuan mengesan dan menilai prestasi kumpulan;
  9. Kemampuan menjadi orang tengah;
  10. Kemampuan mewakilkan tanggungjawab dan kuasa;
  11. Kemampuan mengumpul dan membentangkan data;
  12. Kemampuan untuk mengurangkan “pita merah”;
  13. Keamapuan mengambil risiko dengan manusia dan seumpamanya.

TIGA KEMAHIRAN PEMIMPIN

Kemahiran Konseptual

  1. Kemampuan menapis maklumat;
  2. Kemampuan mengenal pasti struktur informal dalam sesebuah masyarakat;
  3. Kemampuan memproses (melihat) unsur-unsur struktur sesuatu sistem itu dan bagaimana ianya saling berkaitan;
  4. Kemampuan meramalkan arah aliran;
  5. Kemampuan menentukan keutamaan;
  6. Kemampuan mengkritik bahan-bahan bacaan dan cerapan;
  7. Kemampuan mengesan dan menilai prestasi kumpulan;
  8. Kemampuan menjadi orang tengah di antara seseorang individu dengan masyarakat;
  9. Kemampuan memisahkan yang kritikal dengan yang dangkal;
  10. Kemampuan menilai bakat dan kemahiran;
  11. Kemampuan mengagihkan sumber;
  12. Kemampuan berfantasi;
  13. Kemampuan menganalisis struktur kuasa, dan seumpamanya.

TIGA KEMAHIRAN PEMIMPIN

Kemahiran Kemanusiaan

  1. Kemampuan mengekalkan kesihatan masyarakat;
  2. Kemampuan membina keyakinan;
  3. Kemampuan mewujudkan kredibiliti;
  4. Kemampuan mengembangkan sistem sokongan;
  5. Kemampuan menyampaikan empati;
  6. Kemampuan menggalakkan (mendorong);
  7. Kemampuan merasakan keperluan oang lain (prihatin);
  8. Kemampuan mempengaruhi orang lain;
  9. Kemampuan membentuk kawasan pengaruh;
  10. Kemahiran memberi galakan positif.