Assalamualaikum wrt wbt
Sekarang ini kita telah pun berada di bulan sya'ban. Maknanya tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan RAmadan Al Mubarak. Bagi orang yang kuat imannya, kedatangan Ramadan memberikan makna yang sangat besar dan mendalam dan bagi orang yang imannya tipis kedatangan Ramadan hanya akan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh gembira kerana dapat menikmati berbagai juadah lazat di bazar-bazar Ramadan. Ketika inilah banyak peniaga-peniaga musiman yang muncul untuk meraih laba untuk persiapan menyambut Aidil Fitri.
Tentunya Ramadan yang penuh berkat ini merupakan satu amalan ibadah yang luarbiasa hebatnya. "Hanya orang yang mempunyai ilmu iman dan takwa sahaja yang dapat merasai kelazatan berpuasa" kata ustaz ana semasa dibangku sekolah dulu.
Kami di BUDI Training & Management mengucapkan SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT DATANG JUALAN HEBAT RAMADAN! Ramadan The Big Sale Ibadah!
Wednesday, July 28, 2010
Tuesday, July 27, 2010
Pengurusan Stress Kerjaya
Pada 20-23 Julai yang lalu, Abu Awlad telah diminta oleh Pasukan INSAN HRD Consultancy untuk membantu menjayakan Program Pengukuhan Diri warga kerja Bahagian Kewangan, SUK Negeri Perak.
Seramai 40 orang peserta termasuk 10 orang wargakerja Jabatan Hutan Negeri Perak telah mengikuti program tersebut selama 3 hari 2 malam. Program tersebut di adakan di Pulau Talikail, tasik Temenggur, Gerik.
program selama 3 hari 2 malam ini turut dihadiri Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Tuan Haji Nordin Bin Mat dan beberapa orang pegawai gred 41 dan 44. Fokus utama program ini adalah kepada pengurusan stress.
Modul program ini lebih kepada aktiviti dan gerakkerja luar bagi memberi peluang kepada semua peserta merasai sendiri pengalaman belajar bersama alam sebagai satu terapi stress.

Program Keluarga Bestari 1
Kuala Langat 25 Julai 2010 - Team BUDI Training & Management telah dijemput untuk mengisi progam Keluarga Bestari di Sekolah Agama Menengah Agama Sungai Manggis. Seramai 60 orang pelajar dan 20 orang ibubapa dijemput hadir dalam program tersebut.
Program anjuran sekolah dan PIBG sekolah ini bertujuan untuk membantu remaja dan ibubapa lebih mengenali potensi diri dan membangunkan upaya untuk menjadi insan cemerlang.
Program ini dirasmikan oleh Guru Hal Ehwal Murid dan turut dihadiri YDP PIBG sekolah.Program yang bermula pukul 9.00 pagi ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Subscribe to:
Comments (Atom)